Untuk memudahkan edit halaman tertentu tanpa perlu mencari halaman tersebut di dalam senarai pages, klik
visit
site di bahagian atas dashboard.
Halaman utama website dipaparkan. Disebabkan anda sudah log masuk sebagai admin, ada satu bar gelap
dipaparkan
pada bahagian atas halaman.
Buka halaman yang anda nak kemaskini. Dalam contoh ini, halaman Welding Habitat System digunakan.
Bila halaman dipaparkan, klik edit page pada bar gelap di atas.
Halaman edit Welding Habitat System dipaparkan.
Di tengah adalah content halaman ini.
Di atas sekali ialah tajuk halaman ini. Anda boleh klik pada tajuk untuk ubah.
Di bawah tajuk adalah isi halaman yang tediri daripada pelbagai jenis blok.
Blok:
Heading
Klik pada teks Introduction. Bila blok dipilih, options untuk blok tersebut dipaparkan.
Rollover pada hujung sebelah kiri. Ikon ini menunjukkan blok ini adalah jenis Heading.
Anda boleh hold klik dan drag ikon ini untuk ubah susunan blok ini.
Atau anda boleh klik ikon ini untuk gerakkan ke atas atau bawah.
Klik ikon ini untuk ubah saiz heading.
Klik ikon ini untuk align teks.
Paragraph
Klik pada teks di bawah Introduction. Ini adalah satu blok lain jenis paragraph.
Anda boleh taip pada teks ini untuk ubah kandungannya. Butang-butang di bahagian atas teks, fungsinya
lebih kurang
sama dengan Heading kerana kandungan utama ke dua-dua blok ini adalah teks.
Image
Blok image adalah untuk papar image.
Klik ikon ini untuk tetapkan alignment.
Klik ikon ini untuk tetapkan url/hyperlink bagi image.
Klik ikon ini untuk crop gambar.
Dalam mode crop, klik ikon ini untuk zoom in. Lepas zoom in, anda boleh drag untuk gerakkan gambar. Ini
membolehkan anda papar bahagian tertentu sahaja daripada gambar tersebut.
Dalam mode crop, klik ikon ini untuk ubah aspect ratio. Lepas itu, anda boleh drag untuk gerakkan
gambar. Ini
membolehkan anda papar bahagian tertentu sahaja daripada gambar tersebut.
Kemudian klik butang apply untuk crop, atau cancel untuk batal.
Klik ikon ini untuk tambah teks pada gambar.
Taipkan teks yang anda nak papar.
Klik ikon ini untuk tambah caption.
Teks caption akan muncul di bawah gambar.
Klik replace untuk tukar gambar.Anda boleh pilih gambar daripada media gallery atau upload gambar baru.
Buttons
Klik pada mana-mana butang untuk ubah teks dan ubah url hyperlink.